Siakap Keli

“Perlakukan Wanita Seperti Ratu,” Sifat Penyayang Ashraf Adalah ‘Bayangan’ Daripada Bapanya

Bunga Citra Lestari (BCL) dan Arwah Ashraf Sinclair dikenali sebagai pasangan suami isteri yang sangat romantik dan mereka dijadikan sebagai contoh relationship goal yang sebenar.

Umum mengetahui bahawa arwah Ashraf sememangnya sangat mencintai BCL sehingga beliau mengambil keputusan untuk terus menetap di Indonesia. BCL juga sanggup menempah kubur bersebelahan dengan arwah Ashraf untuk dirinya kelak.

Namun, disebalik sikap penyayang dan bertanggungjawab arwah Ashraf, beliau semestinya juga dididik dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa beliau.

Melihat hal ini, Ell F. Azman meluahkan rasa mengenai kasih sayang yang wujud dalam keluarga Arwah terutama yang ditunjukkan oleh ibu bapa beliau.

Semalam, saya melihat foto yang indah dan bermakna ini di ruangan Instagram Almarhum Ashraf Sinclair. Saya percaya keluarga ini penuh dengan kebahagiaan, cinta dan rasa hormat.

Maksud saya, melihat cara mereka tersenyum dan menatap satu sama lain, walaupun pada usia mereka. Ia seperti cinta pada pandangan pertama. Lihatlah cara mereka memegang tangan masing-masing. Ia seperti mereka mempunyai segala yang mereka perlukan. 

Tidak hairanlah Almarhum Ashraf juga merupakan suami yang penyayang dan baik kepada Bunga. Dia mendapatnya dari bapanya. Mereka mengangkat wanita mereka. Mereka memperlakukan wanita mereka seperti seorang ratu. 

Kiriman tersebut juga mendapat reaksi warga net yang juga kagum dengan kasih sayang di antara ibu bapa Arwah Ashraf.

Sumber: Ell F. Azman

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa