Siakap Keli
Kredit: Google

Selepas Timbalan Menteri Kesihatan, Kini Timbalan Presiden Iran Pula Positif Covid-19

Timbalan presiden Iran disahkan positif Covid-19, lapor portal Independent.

Masoumeh Ebtekar merupakan antara 254 warga Iran yang telah dijangkiti virus tersebut di mana 26 daripada mangsa telah meninggal dunia.

Masoumeh yang memegang portfolio Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sebelum ini dikenali sebagai jurucakap berbahasa Inggeris ketika krisis diplomatik 444 hari susulan penawanan kedutaan Amerika Syarikat di Tehran pada 1979.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi telah dikuarantin setelah disahkan positif Covid-19.

Beliau dilaporkan tampak tidak sihat ketika sidang media kementerian mengenai wabak berkenaan.

Setakat ini, sebanyak 82,588 kes jangkitan dicatatkan di seluruh dunia dengan 2,814 kematian manakala 33,345 pesakit berjaya sembuh (Worldometer, 27 Feb 2020).

Sumber: Independent.co.uk, Wolrdometer

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.