Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: Tommy Thomas Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan itu.

Menurut sumber di Jabatan Peguam Negara (AGC), Thomas telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini.

Thomas, 68, yang dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.

Beliau telah dilantik oleh Dr Mahathir pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua penggal untuk menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tempoh jawatan Thomas berakhir pada Jun tahun ini.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.