Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) Muafakat Nasional Bersiap Sedia Untuk Pilihanraya

Kuala Lumpur, 27 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan  Muafakat Nasional mula bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 yang mungkin diadakan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas perhimpunan khas bersama 180 Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

“Perhimpunan pada hari ini adalah untuk membolehkan ibu pejabat parti mengeluarkan arahan persiapan untuk jentera pilihanraya di semua peringkat.

“Selari dengan keputusan parti yang telah memohon supaya parlimen dibubarkan maka adalah wajar bagi kita untuk membuat persiapan ke arah itu walaupun kita tidak tahu apakah nantinya keputusan yang dibuat oleh Istana Negara.

“Sebagai sebuah parti, kesiapsiagaan untuk pilihanraya adalah satu perkara yang mesti berjalan secara berterusan,” katanya.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.