Siakap Keli

“Biar Mati Bermaruah, Jangan Hidup Dijajah, Takkan Sesekali Dirikan Kerajaan Dengan Mereka” – Syed Saddiq

YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah memuat naik satu video di laman Twitternya berkaitan pendiriannya semasa melibatkan diri dalam bidang politik negara ini.

Dalam kenyataan tersebut, beliau mengatakan bahawa krisis politik telah menyebabkan ekonomi dan kestabilan negara tergugat.

Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini soal identiti dan integriti.

Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.

Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah.

Jelasnya lagi dalam video tersebut, beliau menjadi ahli politik ketika itu kerana pada masa itu negara dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku kerana rasuah.

Sumber: Syed Saddiq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)