Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tunai Janji, Syed Saddiq Terus Agih Bantuan Kepada Penduduk Muar

Syed Saddiq
Kredit: Team Saddiq

Tunai Janji, Syed Saddiq Terus Agih Bantuan Kepada Penduduk Muar

Beberapa jam selepas menamatkan Larian Kesyukuran 170 kilometer (km), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bakal mengagihkan bantuan kepada penduduk pada jam 12 tengah hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook beliau, antara bantuan yang diagihkan berupa 1,000 bakul makanan, 51 iPad dan biasiswa pendidikan berjumlah RM61,400.

"12 tengah hari akan agihkan 1,000 bakul makanan, 51 iPad dan biasiswa pendidikan.

"Saya akan update total, termasuk bukti receipt dan sebagainya malam ini," kongsinya.

Tambah beliau, wakil rakyat dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu juga akan mengagihkan 'gelombang' bantuan kedua selepas kutipan hasil larian dari Putrajaya ke Muar itu melepasi sasaran RM200,000.

"Hari isnin kena buat order kedua sebab dah jauh melangkaui target RM200,000.

"Maaf tak cukup tangan sebab satu team sedang sibuk uruskan hal bantuan. Alhamdulillah," katanya.

Pada Khamis, Syed Saddiq memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Muar.

Ia sebagai simbol kesyukuran apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah.

Hari pertama menyaksikan, beliau memaklumkan kutipan daripada misi larian itu meraih RM54,692 sebelum meningkat kepada RM361,848 hanya selepas dua hari beliau berlari.