Siakap Keli
Kredit: QuickTake

(Video) Covid-19: Polis China Praktik Cara Tahan Pemandu Degil Guna ‘Penyauk Belalang’

Seorang pemandu di China ‘disauk’ pihak polis setelah enggan memberi kerjasama terhadap petugas ketika pemeriksaan khas koronavirus dalam sekatan jalan raya.

Dalam video dikongsikan QuickTake, lelaki itu tidak mahu memberhentikan keretanya dan ingin cuba melarikan diri.

Namun, usahanya gagal setelah disekat sebuah kenderaan polis. Lantaran itu, dia keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan petugas di lokasi kejadian.

Sebaik sahaja dia membelakangkan petugas, seorang polis bertindak menyauk kepala lelaki itu sebelum rakan-rakan setugasnya menahan pemandu berkenaan.

Video itu merupakan sebuah lakonan melibatkan latihan pihak berkuasa untuk menahan individu yang tidak mahu memberi kerjasama di sekatan jalan untuk pemeriksaan koronavirus.

Sumber: QuickTake

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.