Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perbicaraan Kes Rasuah Zahid Hamidi Ditangguh, Perlu Hadir Mesyuarat Bentuk Kabinet Dengan PM

Gambar: Bernama

Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur harı ini ditangguhkan.

Menurut sumber Bernama, penangguhan itu disebabkan beliau akan menghadiri mesyuarat bagi membincangkan pembentukan kabinet bersama Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara berkenaan dilaporkan oleh BERNAMA TV melalui satu perkongsian yang dibuat di laman facebook agensi berita berkenaan.

Zahid Hamidi merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di era pemerintahan Barisan Nasional sebelum tumbang kepada Pakatan Harapan diterajui mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dalam PRU ke-14 yang lalu.

https://www.facebook.com/BernamaTV/photos/a.687990784554482/3016185995068271/?type=3&theater

Sumber: BERNAMA TV