Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Virus Covid-19 dilaporkan merebak lebih pantas di luar China ketika ini dimana semua pintu masuk di lapangan terbang negara-negara terjejas dilapor meningkatkan aktiviti pengimbasan terhadap pelancong asing.
Menurut Channel News Asia, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes yang dicatatkan di luar China hampir lapan kali ganda ketika ini dalam tempoh 24 jam, dan risiko penularanya lebih tinggi di peringkat global.
Dalam sidang medianya di Geneva, perebakan di Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali paling membimbangkan, namun menambah pemantauan rapi yang dijalankan di Korea Selatan dilihat berkesan dalam mengawal wabak berkenaan.
Korea Selatan meruoakan negara luar China yang paling teruk terjejas. WHO berpendapat epidemik mungkin boleh dibendung di negara ini.
Angka korban global akibat Covid-19 sudahpun mengatasi 3,000 mangsa dimana jumlah kematian di Itali dilaporkan meningkat dari 18 ke 52 orang.
Latvia, Arab Saudi, Senegal dan Magribi melaporkan kes pertama menjadikan lebih 60 buah negara terjejas dengan wabak ini.
Sumber: Channel News Asia