Siakap Keli
Gambar: Yahoo

Galakkan Pembelian ‘Online’, Wang Kertas Mungkin Boleh Sebarkan Virus Covid-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi bayaran online kerana virus Covid-19 mungkin boleh tersebar melalui wang kertas.

Virus Covid-19 yang mudah berjangkit itu berkemungkinan boleh tersebar di permukaan wang kertas selama beberapa hari, ujar WHO pada Isnin.

Untuk mencegah penyebaran penyakit ini, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan kaedah pembayaran online jika boleh dan pastikan tangan dibasuh selepas menyentuh duit, kata wakil WHO.

The Bank of England juga turut menyatakan bahawa wang kertas “boleh membawa bakteria atau virus” dan mengalakkan orang ramai supaya kerap membasuh tangan.

Bulan lalu, bank di China dan Korea mula membersihakan dan mengasingkan wang kertas yang telah digunakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung penularan virus yang membawa maut ini.

Lampu ultravioletatau suhu yang tinggi digunakan untuk membasmi virus serta mensteril wang kertas, sebelum wang tersebut dibalut dan disimpan sehingga 14 hari sebelum ianya boleh digunakan semula, kata bank pusat China pada satu sidang media.

Seorang sumber dari Bank of England berkata bahawa kaedah tersebut tidak dipakai di UK.

Sumber tersebut menyatakan pada The Telegraph: “Seperti mana-mana permukaan lain yang selalu digunakan orang ramai, wang kertas juga boleh dijangkiti dengan bakteria atau virus.

“Walau bagaimanapun, risiko memegang wang kertas tidaklah begitu besar berbanding menyentuh permukaan lain seperti tangan, tombol pintu atau kad kredit.”

Koronavirus juga boleh disebarkan melalui objek tercemar serta titisan dan hubungan langsung dengan pesakit yang dijangkiti, kata WHO.

“Kami tahu bahawa wang kerap bertukar tangan dan daripada situ ianya boleh tercemar dengan pelbagai jenis bakteria dan virus,” kata wakil WHO kepada the Telegraph.

“Kami ingin menasihati orang ramai untuk mencuci tangan selepas memegang wang, dan elakkan daripada menyentuh muka.

“Jika boleh, anda juga digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran online untuk mengurangkan risiko jangkitan.”

Masih tidak dapat diketahui lagi tentang berapa lama koronavirus boleh bertahan dalam tubuh manusia.

Sumber: Yahoo Finance UK

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa