Siakap Keli
Kredit: Bernama

Maklumat 7 Pesakit Terbaru COVID-19, Dua Kes Tiada Gejala -KKM

Sebanyak tujuh kes terbaru COVID-19 melibatkan warga tempatan telah dilaporkan di Malaysia semalam.

Maklumat lanjut mengenai kesemua kes baru tersebut telah dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar YAB Perdana Menteri pada hari ini mengenai pertambahan tujuh (7) kes baharu. Didapati kesemua tujuh kes baharu ini merupakan kontak rapat bagi Kes ke-26. Maklumat kes berkaitan adalah seperti yang berikut:

Kes baharu ke-30

Kes ke-30 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 38 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 12 Februari 2020 dan telah pulang pada 16 Februari 2020.

Kes tidak mempunyai sebarang gejala sebelum ini. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan kes telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020.

Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Kes baharu ke-31

Kes ke-31 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 50 tahun. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 26 Februari 2020.

Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Kes baharu ke-32

Kes ke-32 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 43 tahun. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 27 Februari 2020.

Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Kes baharu ke-33

Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

Kes ke-33 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 58 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri mesyuarat pada 16 Februari 2020.

Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Kes baharu ke-34

Kes ke-34 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 40 tahun. Kes merupakan seorang paramedik di sebuah hospital dan telah memberi rawatan kepada kes ke-26.

Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020.

Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Kes baharu ke-35

Kes ke-35 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia yang berusia 50 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 31 Januari 2020, dan telah pulang ke Malaysia pada 16 Februari 2020.

Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Kes baharu ke-36

Kes ke-36 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 49 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir pada 23 Januari 2020 dan telah pulang ke Malaysia pada 1 Februari 2020.

Kes tidak mempunyai sebarang gejala dan telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020.

Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa.

Aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes ke-26 dan kes-kes baru yang dilaporkan ini masih dijalankan dan orang ramai akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM.

Sekian, terima kasih.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.