Siakap Keli
Gambar: Majlis Perbandaran Taiping

MPT Pasang CCTV Pantau Buang Sampah Secara Haram

TAIPING, 4 Mac (Bernama) — Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memasang dua kamera litar tertutup mudah alih di tapak pasar minggu Kamunting dan Kampung Boyan bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah secara haram di tempat itu.

Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir berkata pemasang CCTV mudah alih yang boleh dipantau menerusi telefon bimbit sejak 27 Feb lalu, merupakan percubaan selama dua minggu dan ia menggunakan tenaga solar.

“Kita akan menyemak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengesan pemilik kenderaan yang digunakan untuk membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khairil Amir berkata terdapat 34 lokasi pembuangan sampah haram di kesan di sekitar daerah Taping dan pemasangan CCTV itu akan dibuat di beberapa lokasi lain selepas ini, supaya tidak ada lagi mana-mana pihak membuang sampah sewenang-wenangnya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story