Siakap Keli

(Video) “Tak Sabar Nak Belajar Solat,” Pemuda Ucap Syahadah Lepas 30 Minit ‘Selami’ Keindahan Islam

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berjaya membimbing seorang lelaki berbangsa cina yang ditemuinya di sebuah kedai kopi Starbuck mengucapkan syahadah selepas berbual dan menceritakan berkenaan Islam selama 30 minit kepadanya.

Dalam perkongsian menerusi laman Facebook yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew, lelaki berbangsa cina itu sememangnya sudah lama berminat dengan Islam. Tak disangka selepas 30 minit berdakwah kepadanya, dia membuat keputusan untuk mengikuti ajaran Islam. Selepas mengucap, lelaki tersebut terus mengalirkan air mata.

Berikut adalah kisah yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew di akaun sosial medianya:

Ucap syahadah di starbuck

Sebak syukur singgah di starbuck dapat berbual dan dakwah seorang anak muda chinese baik orangnya. Tanya pasal Islam. Terus ke tempat kerjanya tiba-tiba. 30 minit lebih berbual dan cerita betapa bahagianya Islam. Nilai iman. Beliau pun memang dah lama minat Islam.

Tak sangka Allah permudahkan beliau ucap syahadah. Syukur sangat dia ucap syahadah dan tak sabar nak belajar solat dll. Sebak menangis adik ni kerana dapat ucap syahadah dan terharu gembira dapat Islam. Ya Allah terimalah niat adik ni. Terima kaseh Allah

Sumber: Ebit Lew

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa