Siakap Keli
Gambar: Metro uk

Alami Trauma Perang, Bekas Tentera Bunuh Diri Lepas Hadiri Pengebumian 9 Rakan

Kerana terlalu tertekan dan trauma selepas berkhidmat dalam perang, seorang bapa dua anak didakwa membunuh diri selepas menghadiri pengebumian sembilan sahabatnya.

Veteran tentera yang berumur 34 tahun itu terpaksa menghadiri pengebumian sembilan sahabat yang meninggal dunia semasa konflik dan beliau berjuang dengan Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) selama lebih daripada satu dekad selepas pulang dari tentera pada tahun 2008.

Dia berkata kematian tersebut merupakan satu kejutan yang besar kepada keluarga dan rakannya walaupun telah diketahui mendiang mempunyai PTSD. Dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Shard End, Birmingham pada 12 Februari lalu dan dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.

“Kami akan menonjolkan perjuangan bekas tentera dan kekurangan sokongan untuk PTSD sehingga kematiannya tidak sia-sia,” katanya.

Mendiang berkhidmat di Iraq di antara tahun 2003 dan 2008 dengan Batalion Keempat The Rifles. Semasa di sana, sembilan sahabatnya meninggal dalam konflik tersebut.

Sumber: Metro UK

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.