Siakap Keli
Kredit: Yukino

Tips Nak Tanggalkan Tisu, Kertas Hancur Melekat Pada Baju Ketika Dicuci Dengan Mesin Basuh

Kadangkala kita terlupa untuk mengosongkan poket baju atau seluar sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh. Akibatnya, penuh satu mesin basuh dengan kertas resit atau tisu hancur yang melekat pada pakaian ketika membasuh baju.

Bila jadi begini, sudah tentu tugas menyidai pakaian jadi lebih sukar. Jenuh nak buang satu persatu. Kadangkala bila pakaian sudah kering pun, tisu masih sukar ditanggalkan. Habis bercapuk pakaian dengan cebisan tisu terutamanya pakaian linen yang berwarna hitam.

Pernah melalui situasi serupa, seorang pengguna Twitter, Yukino menyarankan satu cara mudah untuk mengatasi masalah berkenaan. Perkongsian beliau telah mendapat lebih 543.8k tanda suka dan 144k ulang kicau. Impresif, kan?

Menurut Yukino, anda hanya perlu tambahkan cecair pelembut ke dalam basuhan dan bilas sekali lagi. Ia akan menyebabkan cebisan tisu tertanggal dengan mudah.

Namun bagi sesetengah orang yang kurang gemar menggunakan pelembut fabrik, anda boleh menggunakan inisiatif lain.

Caranya ialah anda hanya perlu menggantikan pelembut dengan cuka bagi mendapatkan kesan yang sama. Tisu tak lagi melekat pada baju yang anda basuh.

tisu melekat basuh baju
Pemandangan yang ‘ngeri’ ketika membasuh baju. (Kredit: Kaodim)S

Tak perlu lagi stress mengibas pakaian sehingga cebisan tisu berterbangan merata. Cuma tinggal bilas dan buang air di dalam mesin basuh setelah siap menggunakannya untuk singkirkan tisu yang tertanggal.

Sumber: Yukino

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.