Siakap Keli

(Video) Kedai Roti Kem Pelarian Di Gaza Terbakar, 6 Kanak-Kanak Palestin Antara Yang Terkorban

PALESTIN – Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan 60 lagi cedera dalam satu kebakaran akibat letupan gas di sebuah kedai roti di Kem Pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza semalam.

Enam daripada mangsa korban tersebut adalah kanak-kanak dan 14 daripada yang tercedera sedang dalam keadaan kritikal, lapor menteri kesihatan negara itu.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan banyak rumah di sekitar kem tersebut yang sesak dengan kereta dan lebih 20 lot kedai.

Salah seorang saksi mendakwa, mulanya mereka mendengar bunyi letupan tersebut datang dari arah kilang roti di kem itu, sebelum api marak mula merebak dengan cepat ke arah kedai dan kilang berdekatan serta kereta yang diletak di sepanjang jalan.

Menteri dalam negeri berkata, nahas itu berpunca daripada kebocoran gas di dalam sebuah kedai roti yang akhirnya menyebabkan beberapa tong gas masak meletup.

Dalam pada itu, satu rakaman video tentang insiden tersebut telah dimuat naik di Facebook Gaza City.

Dipaparkan juga, satu gambar seorang kanak-kanak yang turut terkorban dalam nahas kebakaran di Kem Pelarian Nuseirat itu.

Semoga roh mereka yang syahid dijanjikan syurga untuknya.

Al-Fatihah..

Gambar: Facebook Nedal Samir Hamdouna
Gambar: Facebook Nedal Samir Hamdouna
Salah seorang kanak-kanak yang terkorban. Gambar: Facebook Gaza City

Sumber: Facebook Gaza City, Nedal Samir Hamdouna, Aljazeera, Twitter @PalinfoAr

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.