Bibir Pecah, Tangan & Kaki Luka, Rayuan Hiba Anak Austime Jadi Mangsa Buli

SEORANG budak lelaki Autisme menangis ketika ibunya menarik dia keluar dari sekolah selepas menderita dibuli selama tiga bulan.

Selama tiga bulan itu, Harrison Fernandez pernah ditumbuk, dipukul, makanannya dirampas, jus oren ditumpahkan kepadanya dan dibuli secara fizikal.

Tidak kurang juga, dia dijerut oleh tali lehernya sehingga terjatuh, ditendang sehingga tersungkur, seluarnya koyak dan lututnya berdarah.

Ibunya, Leanne berkata, “Dia hanya mahu berkawan,”

Dia memulakan hari pertamanya di sekolah menengah di Colchester Academy pada 3 September lalu dengan perasaan takut.

Dan kemudian tidak sampai beberapa jam dia di sekolah, ada pelajar lain mengejeknya dengan gelaran ‘berjalan macam g*y’, ‘bercakap macam g*y’ dan ‘kau kelihatan g*y’.

Pada hari kedua persekolahan pula, keadaan itu sudah bertambah teruk di mana mereka membuli secara fizikal.

Pelajar-pelajar itu menendang dan menumbuknya dari arah sekeliling, lalu meninggalkannya dengan kesan lebam dan bengkak di muka, baju terkoyak dan lutut yang berdarah.

Katanya lagi, kebiasaannya anaknya itu akan pulang ke rumah dalam keadaan menangis kerana sifat Autismnya itu menjadikannya tidak faham kenapa dia dibuli.

Selain itu, Leanne mendakwa, biasanya sekumpulan pembuli itu akan menganggu anaknya pada waktu senggang antara kelas dan menumbuknya di pangkal peha.

“Salah seorang pembuli itu berkata, “Kami akan cari kau dan kami akan cap (menapak) tengkorak kau,”, itu bukan sesuatu yang normal kalau pelajar 12 tahun berkata sedemikian,” tambahnya.

Seluar di bahagian lutut terkoyak hingga berdarah, mungkin akibat ditendang sehingga tersungkur.

Rentetan itu, dia telah melaporkan kes itu sebanyak empat kali kepada pihak polis dan tindakan lanjutan diambil.

Pihak sekolah memberi pelepasan kepada Harrison untuk pulang ke rumah lebih awal pada setiap hari.

“Anak saya juga akan ditempatkan di satu bilik khas ataupun perpustakaan ketika waktu rehat untuk mengelakkan daripada dibuli.

“Saya juga akan memberikannya telefon bimbit untuk dia hubungi saya jika ada sebarang kecemasan,” katanya.

Lutut cedera.

Akibat sudah tidak tahan anaknya dibuli, Leanne melaporkan kes itu sebanyak empat kali aduan kepada pihak polis untuk tindakan undang-undang.

“Keadaan ini memaksa saya untuk menghubungi polis kali keempat pada 21 November lalu kerana anak saya sudah tidak selamat lagi untuk ke sekolah.

“Saya membuat keputusan ini bersama nota doktor yang mengatakan ia akan ‘merugikan’ dirinya jika masih kekal di sekolah itu.

“Dia hanya mahukan kawan. Kanak-kanak yang ada autisme akan berjuang dengan keadaan sosial di sekelilingnya dan berasa terpencil supaya tidak pergi ke sekolah, berada dengan saya sendiri di rumah sepanjang hari adalah tidak baik. Dia hanya ada masa dua jam sahaja untuk belajar,” jelasnya.

Sejak Leanne memberhentikan anaknya di sekolah itu pada 21 November lalu, dia telah mencarikan sekolah baru untuk anaknya dan akan memulakan semula sesi pembelajaran.

Dalam pada itu, polis berkata, “Kami menerima aduan tersebut. Kami sudah bercakap dengan pihak terlibat. Bagaimanapun, keluarga mangsa memutuskan untuk tidak mahu meneruskan prosiding jenayah dan siasatan tidak dapat dijalankan kerana tiada kerjasama daripada pihak keluarga mangsa.,”

Komen guru besar pula, Jenny Betts, “Saya tidak boleh komen tentang kes individu ini. Bagaimanapun, menjaga keselamatana pelajar kita adalah satu keutamaan kami. Kami menggunakan tingkah laku yang jelas dan sekatan sesuai yang kami ada,”

Sumber: Dailystar

Denin

Menulis untuk mendidik.

Tambah komen