Siakap Keli

TERKINI: 10 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 10 kes jangkitan COVID-19 baharu, iaitu kes ke-84 hingga kes ke-93 dilaporkan.

Kesemua kes ini telah dikesan untuk rawatan selanjutnya.

Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33 di mana, empat (4) kes iaitu kes ke-85, 86, 87 dan 93 merupakan generasi pertama kontak rapat kepada kes ke-33, manakala enam (6) kes baharu ini pula merupakan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kes ke-33 iaitu kes ke-84, 88, 89, 90, 91, dan 92.

Kesemua kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya. 

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.