Persaingan negara Asia Tenggara dalam memburu pingat di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 terus menjadi perhatian apabila Thailand dan Malaysia masing-masing berada dalam kelompok 10 terbaik keseluruhan setakat hari ini.
Malaysia, Thailand Duduki 10 Teratas
Thailand kini menduduki tangga keenam, manakala Malaysia berada di tempat kelapan dalam carta pungutan pingat temasya berkenaan.
Berdasarkan jadual terkini, Thailand mengumpul lima pingat emas, tiga perak dan lima gangsa, manakala Malaysia meraih tiga emas, satu perak dan lima gangsa untuk jumlah keseluruhan sembilan pingat.
Sementara itu, Singapura berada di kedudukan ke-17 dengan satu pingat emas, diikuti Vietnam di tangga ke-18 dan Myanmar di kedudukan ke-19, masing-masing dengan satu pingat emas.
Indonesia pula berada di kedudukan ke-23, diikuti Filipina (24), Kemboja (30) dan Brunei (33).
Keempat-empat negara berkenaan masih belum meraih sebarang pingat emas setakat kedudukan terkini.



