Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sukan Asia Naichi-Nagoya: Shahmalarani Hadiah Emas Ketiga Buat Negara

Emas ketiga buat negara
Kredit: Stadium Astro

Karate terus membutirkan pingat emas buat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Ratu Karate negara, C. Shahmalarani, mengungguli acara kumite wanita B-50 kilogram (kg) di Gimnasium Toyohashi, sebentar tadi.

Emas Ketiga buat negara

Memetik laporan Stadium Astro, Shahmalarani yang berdepan karateka veteran dari Hong Kong, Tsang Yee Ting, dalam aksi final, mempamerkan aksi berhati-hati apabila kedua-dua atlet jarang melakukan serangan sehingga menerima amaran daripada shushin.

Menuju penghujung pertarungan, kedua-dua karateka mula melepaskan serangan dengan Shahmalarani menyasarkan Ippon, manakala Yee Ting memburu Yuko.

Keputusan pertarungan itu kemudiannya terpaksa ditentukan menerusi semakan video, namun masih belum dapat menentukan pemenang sebenar.

Keempat-empat juri kemudian sebulat suara memilih Shahmalarani sebagai pemenang pingat emas berdasarkan siri serangan yang dilakukannya menuju ke penghujung pertarungan.

Pingat itu merupakan emas kedua yang dibutirkan skuad karate negara selepas Adeola Fay Robert mengungguli acara kumite wanita B-55kg semalam.

Kejayaan Shahmalarani itu sekali gus menghadiahkan pingat emas ketiga buat Kontinjen Malaysia dalam temasya berkenaan.

Secara keseluruhan, Malaysia sudah pun mengumpul 3 pingat emas dan 5 pingat gangsa setakat ini.

Intipati
  • C. Shahmalarani memenangi emas kumite wanita B-50kg di Gimnasium Toyohashi.
  • Beliau menewaskan karateka Hong Kong, Tsang Yee Ting, selepas keputusan juri sebulat suara.
  • Kejayaan itu menghadiahkan emas ketiga Malaysia, termasuk dua daripada skuad karate negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan