Siakap Keli

”Alhamdulillah, Saya Pun Suka Beliau” Lelaki Cina Ini Gembira Dr.Zulkifli Jadi Menteri Hal Ehwal Agama

Pengumuman kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata memberikan pelbagai reaksi yang berbeza daripada rakyat.

Selain sejarah tercipta dengan tiada sebarang pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang digantikan oleh empat orang Menteri Kanan, antara yang paling menarik perhatian ialah perlantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pemilihan Dr Zulkifly ternyata disambut dengan baik oleh rata-rata netizen termasuk individu bukan beragama Islam.

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Siang Siang di Facebook, pemuda berbangsa Cina itu memuji sikap Dr Zulkifly yang melakukan dakwah secara lembut dan baik.

”Saya non-muslim pun suka dengan beliau”

Berdasarkan rekod, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan dari 23 Jun 2014 sebelum dipilih oleh Perdana Menteri menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam pengumuman kabinet petang tadi.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)