Siakap Keli
Gambar: Kuan Chee Heng

Uncle Kentang Sediakan ‘Dapur Umum’ Buat Warga Puchong Kurang Bernasib Baik

Seperti yang kita tahu, setiap orang dikurniakan dengan rezeki yang berbeza-beza. Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada kita untuk tidak berbuat baik dan membantu kepada sesama manusia.

Terkadang ada golongan yang tidak berkemampuan sehingga tidak menjamah makanan dan mengikat perut hampir setiap hari.

Pun begitu, akan sentiasa ada insan yang bermurah hati membantu termasuk Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang mengambil pelbagi inisiatif membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Terbaharu, beliau mengambil inisiatif membuka Dapur Umum Rakyat Puchong yang bertujuan untuk membantu memberi makan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

DAPUR UMUM RAKYAT PUCHONG.

Tatkala kau lapar…. dan kau tiada duit… di PUCHONG SAHAJA… kami sediakan dapur umum…. BOLEH lah kamu isi perut…. INI LAH SEDIKIT SEBANYAK YANG KAMI MAMPU BANTU…. kerana ku mengerti apa itu lapar dan pokai….. kerana aku pernah lalui itu semua… hanya telan air liur…. PROJEK DAPUR UMUM DI PUCHONG PERDANA telah Berjaya memberi makan kepada mereka yang lapar…JIKA ANDA NAK SUMBANG RM 5 untuk orang makan, kamu boleh masukkan kedalam akaun saya 7015170449 cimb kuan chee heng dan tulis sana LAPAR. Lokasi warung NO 5, Puchong Perdana LRT.

Kita juga mengalu alukan mereka yang nak takeover project ini dan membuat kawalselia untuk mereka yang lapar.

Call saya 018 2683999

Sumber: Kuan Chee Heng

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa