Siakap Keli

Disahkan Positif Covid-19, 1,777 Ahli Gereja Di Korea Enggan Jalani Rawatan

Syarikat penyiaran Korea Selatan, YTN News melaporkan bahawa 1,777 ahli dari kumpulan agama di Daegu telah diuji positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli ini enggan ‘menyerah diri’ untuk menerima rawatan dan ada juga di antara mereka yang tidak melakukan ujian diagnostik.

Lebih daripada 1,700 orang masih belum diuji walaupun perintah kuarantin untuk anggota kumpulan agama tersebut dipanjangkan sebanyak lima hari.

Sehingga Mac, Korea Selatan melaporkan 248 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 7,382 kes.

Daripada jumlah ini, kira-kira 60 peratus dikaitkan dengan cabang gereja di bandar Daegu tersebut.

Sejumlah 51 pesakit telah meninggal dunia akibat Covid-19 setakat ini, kebanyakannya warga tua dengan keadaan perubatan yang sedia ada.

Walaupun kadar kes baharu telah merosot sejak beberapa hari lalu, perdana menteri Korea Selatan, Chung Sye-Kyun berkata beliau optimis dengan berhati-hati mengenai penahanan Covid-19 di negara ini.

Pada awal Mac lalu, beberapa pemimpin Gereja tersebut menghadapi siasatan pembunuhan dan siasatan polis terhadap pelanggaran lain Akta Penyakit dan Kawalan Berjangkit.

Datuk Bandar Seoul, Park Won Son mengatakan bahawa jika gereja telah bekerjasama, langkah pencegahan yang berkesan dapat dilaksanakan untuk menyelamatkan mereka yang meninggal dunia akibat virus itu.

Sumber: Mothersip

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa