Siakap Keli
Foto: Intagram Makasar Info

Bangunan Musnah Terbakar Tapi Ayat Suci Al-Quran Langsung Tidak Tersentuh Dek Api

Keajaiban sering berlaku di mana sahaja selagi kita sebagai manusia percaya dengan kebesaran Allah SWT. Pernah tak korang mndengar atau merasai sendiri pengalaman melihat sendiri kitab suci Al-Quran terselamat daripada kebakaran?

Ya, itulah kebesaran yang kita sering leka dengannya. Begitulah kisah yang dikongsikan oleh laman Intagram Makasar Info di mana sebuah naskah Al-Quran tetap cantik tanpa hangus terbakar.

MasyaAllah, apa yang nada boleh lihat menerusi perkongsian ini, seorang pemuda memegang sebuah naskah Al-Quran masih kelihatan baik tanpa ada satu ayat pun dijilat api. Walhal menerusi gambar tersebut, rata-rata tempat itu sudah musnah dijilat api.

Perkongsian ini rata-rata mendapat perhatian ramai dan kebanyakkan mereka kagum dengan kebesaran yang ditunjuk oleh Sang Pencipta.

 

Sumber: Makasar Info

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)