Siakap Keli

(Video) Rakaman Kawanan Burung Kelilingi Kawasan Kaabah Hiasi Langit Malam

Mekah menjadi destinasi tumpuan bagi Muslim untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Ia menjadi tempat yang paling diidamkan oleh setiap muslim untuk dilawati.

Selain itu, umat Islam yang mengunjungi kawasan berkenaan tidak akan melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT.

Terbaharu, satu lagi video tular yang menyaksikan kawanan burung merpati yang menghiasi langit di Mekah. Ia dilihat sedang berlegar di kawasan Kaabah. Rakaman yang dikongsikan melalui laman Twittter Haramain itu menarik perhatian ramai orang.

Kejadian itu juga disaksikan oleh beberapa orang yang berada di situ yang sempat merakamkan momen indah tersebut.

Warga net juga memberikan reaksi dan mereka  ternyata kagum dengan video tersebut.

Sumber: Haramaininfo, Haramain Sharifain

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa