Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Cemas Doktor Selamatkan Pesakit Covid-19 Kritikal

Umum telah mengetahui bahawa virus Covid-19 yang boleh membawa maut sedang melanda dunia ketika ini. Ada negara-negara yang telah mengambil langkah pencegahan dengan mengenakan sekatan dan perintah berkurung bagi mencegah virus ini daripada tersebar dengan melebih meluas.

Disebabkan itu segala garis panduan yang dikeluarkan pihak kesihatan sentiasa ditekankan bagi mengurangkan kadar jangkitan dalam sesebuah negara itu.

Kita perlu berterima kasih kepada para petugas kesihatan di barisan hadapan yang sedang mengerahkan kudrat mereka dalam memerangi wabak maut ini. Pasti ramai diantara kita yang tidak mengetahui keadaan getir yang perlu dilalui oleh para petugas kesihatan di barisan hadapan ini dalam menyelamatkan nyawa serta mengekang penularan virus Covid-19 ini.

Dalam satu video yang dimuat naik di Twitter, usaha doktor dalam memerangi wabak ini dapat dilihat selepas video seorang doktor yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa seorang penghidap virus Covid-19 telah menjadi tular.

Doktor Lu Zhijia dan pasukannya terpaksa mengenepikan risiko jangkitan daripada virus maut itu semasa menyelamatkan nyawa pesakit tersebut. Dengan ketangkasan dan kepakaran yang ada pada doktor Lu Zhijia bersama pasukannya itu, pesakit tersebut dilaporkan berjaya diselamatkan.

Selepas daripada insiden itu, pesakit tersebut telah menghantar satu pesanan terima kasih kepada para doktor yang telah menyelamatkan nyawanya.

Kata Lu, segala penat lelahnya itu terubat selepas membaca pesanan yang dihantar oleh pesakit tersebut.

Sumber: CGTN

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa