Siakap Keli

Gara-Gara Cemburu, Lelaki Bunuh Dan Setubuhi Mayat Bekas Kekasih

Seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis selepas membunuh bekas kekasihnya di rumahnya yang terletak di Sulawesi Selatan pada Khamis (12/3/2020) sekitar jam 10.00 waktu tempatan.

Menurut pihak polis, suspek telah bertindak membunuh bekas kekasihnya itu kerana cemburu akan mangsa yang telah memiliki kekasih baru.

“Hasil daripada siasatan yang dijalankan setakat ini, pembunuhan tersebut bermotifkan sakit hati dan dendam kerana mangsa yang juga bekas kekasihnya itu mengaku kepadanya bahawa dia telah menjumpai lelaki yang layak dipilih berbandingnya,” ujar pegawai polis Sulawesi Selatan, Agung Widjanarko dalam satu sidang media.

Suspek telah mengakui bahawa dia telah membunuh mangsa dengan menggunakan pisau.

Setelah membunuh mangsa, suspek didakwa telah bersetubuh dengan jenazah mangsa.

Setelah selesai bersetubuh, suspek telah menutup pintu rumah mangsa dan pulang ke rumahnya untuk tidak menimbulkan kecurigaan kepada jiran tetangga.

Terdahulu, kejadian pembunuhan yang dilakukan suspek telah terbongkar selepas seorang pengunjung pasar melihat darah yang berlumuran di depan rumah milik mangsa.

“Setelah siasatan dijalankan, pihak polis telah menemui cap jari, tapak kaki, dan air mani yang dipercayai milik suspek,” kata Agung.

Selain gerak-geri suspek, orang di sekeliling itu juga turut berasa curiga dengan ketidakhadiran suspek di rumah mangsa selepas mangsa dibunuh.

Hal tersebut kemudiannya membuatkan pihak polis terus menuju ke rumah suspek yang jaraknya hanya 15km daripada lokasi kejadian.

Di rumah tersebut, suspek telah berjaya ditangkap.

“Suspek tinggal sekitar 15km sahaja daripada rumah mangsa, dia selalu berada di situ. Disebabkan itulah orang di sekeliling berasa curiga kerana dia tidak berada di situ selepas pembunuhan tersebut berlaku,” tambah Agung.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.