Siakap Keli

(Video) Hargai Jasa Petugas Kesihatan, Warga Sepanyol Beri Tepukan Gemuruh Ketika Perintah ‘Berkurung’

Sepanyol antara negara yang terjejas kerana Covid-19 dengan 5, 753 kes sehingga kerajaan negara itu mengambil keputusan untuk ‘menutup’ bandar-bandar di negara itu.

Penduduk Sepanyol juga diarah untuk tidak keluar dan duduk di dalam rumah. Namun, tular  beberapa video di laman sosial yang menunjukkan  mereka bersama-sama memberikan tepukan yang gemuruh dari tingkap dan balkoni rumah masing-masing.

Tepukan itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang menangani krisis koronavirus. Ia berlaku di bandar Pamplona, Murcia dan Barcelona.

Tindakan secara spontan itu berlaku pada pukul 10.00 malam iaitu hanya beberapa minit selepas Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyampaikan ucapan menerusi televisyen yang memaklumkan kepada mereka bahawa setiap orang akan ‘dikurung’ di rumah mereka kecuali untuk melakukan perjalanan singkat untuk membeli bekalan makanan dan perubatan.

Sumber: The Local es

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa