Siakap Keli

COVID-19: Tuntutan Yang Pekerja Boleh Buat & Majikan Boleh Lakukan Di Bawah Akta Kerja 1955

BAYANGKAN, satu hari nanti anda terkena simptom demam, lalu pergi ke hospital untuk jalani saringan kesihatan.

Keputusan ujian mendapati, anda disahkan positif COVID-19!

Jadi apakah tindakan anda dan apakah tuntutan anda pada majikan?

Gambar hiasan

Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memuat naik satu kenyataan rasmi mengenai tuntutan hak pekerja kepada majikan sekiranya disahkan dijangkiti COVID-19.

KSM menggesa agar pekerja dan majikan mengguna pakai seksyen-seksyen di dalam Akta Kerja 1955 susulan daripada penularan wabak COVID-19.

Antara seksyen yang boleh digunapakai adalah Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B).

Seksyen 60F – Akta Kerja 1955

  • Jalani pemeriksaan kesihatan
  • Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji (tanpa hospitalisasi)
  • Cuti sakit bergaji
  • Arahan kuarantin
Gambar: KSM

Seksyen 60E (1B)

Manakala bagi seksyen ini, beberapa perkara perlu difokuskan;

  • Jika perlu dikuarantin, majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk bercuti menggunakan cuti tahunan kerana cuti tahunan adalah hak pekerja
  • Majikan juga tidak boleh melarang pekerja datang bekerja tanpa perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar

Majikan boleh mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk elakkan pemberhentian pekerja;

  • menghadkan kerja lebih masa
  • mengurangkan bilangan hari bekerja dalam seminggu
  • mengurangkan waktu bekerja harian
  • melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off)
  • mengurangkan gaji pekerja (pay-cut) secara adil – ini langkah terakhir
Gambar: KSM
Gambar: KSM

KSM menyeru kepada semua majikan agar membuat saringan terhadap keberadaan pekerja masing-masing dan membantu dalam mengenal pasti sama ada terdapat pekerja mereka yang menghadiri mana-mana perhimpunan Ijtima’ Tabligh dan perhimpunan keagamaan di Pulau Pinang.

Sekiranya ada, kerjasama pihak majikan dipohon agar mengarahkan pekerja berkenaan untuk mengisytiharkan diri dan menghubungi Pejabat Kesihataan Daerah bagi mendapatkan nasihat serta tindakan lanjut.

Sumber: Kementerian Sumber Manusia, Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.