Siakap Keli

4 Loji Terpaksa Dihenti Tugas Kerana Pencemaran, Bekalan Air Di KL, Gombak & Klang Antara 7 Kawasan Dijangka Terjejas

OPERASI Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSPA1), Fasa 2 (SSPA2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihentitugas pada pukul 7 malam tadi.

Abdul Halem Mat Som, Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, penghentian tugas bagi keempat-empat LRA tersebut adalah disebabkan pencemaran bau yang dikesan daripada sumber air mentah di Sungai Selangor.

“Sehingga pukul 8 malam, bacaan pencemaran bau masih pada tahap 2 ton.

“Ekoran tersebut, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya telah melaporkan insiden pencemaran tersebut kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut.

“Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan-kawasan gangguan bekalan kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami www.airselangor.com.

“Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Play Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air,” jelasnya lagi.

Gambar: Facebook

Sumber: Air Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.