Siakap Keli

Doktor Berang Pesakit Menipu, Mengaku Ada Kawan Dijangkiti COVID-19 Hanya Kerana Nak Surat MC

KITA baru sahaja dikejutkan dengan kematian dua pesakit Covid-19 petang tadi.

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan sebanyak 120 kes positif terbaharu, menjadikan kes keseluruhan terkini di Malaysia berjumlah 673 kes.

Angin ‘panas’ belum habis berlalu, tular pula kisah seorang pesakit yang menipu pihak hospital dengan mengatakan seorang rakannya positif Covid-19.

Lebih memedihkan, penipuannya itu semata-mata hanya untuk dia dapatkan ‘MC’ daripada doktor.

Ikuti kisah tersebut melalui perkongsian oleh Facebook Amirul Azhar ini.

Tolong jadi rakyat yang bertanggungjawab, janganlah macam ini.

‘Mengaku ada kawan POSITIF Covid-19 semata-mata nak MC’

Aku marah betul ni.

Seorang pesakit ini datang ke klinik dengan gejala batuk-batuk. Di kaunter saringan, katanya tiada pergi travel, tiada kenal pesakit Covid-19, tiada pergi Ijtima’ Tabligh.

Jadi dia masuklah tggu giliran macam biasa.

Jumpa doktor, dia ceritalah sakit dia apa semua. Lepas tu doktor katalah, “Awak takda kenal pesakit Covid kan? Jadi awak jangan risau,”

Tiba-tiba pesakit itu, “Eh, ada doktor. Kawan saya positif Covid,”

Cuaklah semua orang dalam bilik itu. Sudahlah ada seorang lagi pesakit pregnant di situ. Terus ‘misi’ bawa dia ke bilik isolasi.

Aku yang bertugas untuk tengok pesakit di bilik iso.

Misi call aku.

“Kejap kak, saya baru habis solat. Suruh pesakit tunggu dulu. Nak pakai PPE semua ni,”

Tahu tak leceh gila nak pakai PPE itu. Cover from head to toe.

Sudah siap. Aku pergi bilik iso.

Sampai bilik iso,

PESAKIT TIADA.

Gambar hiasan.

Aku inform misi. Lepas itu semua bergegas cari pesakit ini. Mana tahu pergi tandas ke. Beli air ke.

Habis satu klinik cari ‘brader’ ni. Menyusahkan orang.

Setengah jam aku macam orang bodoh tunggu pesakit tu. Aku pun buka PPE. Inform MO senior ada pesakit contact positif Covid lari. Kami kena cari jugaklah budak ini. Kalau berjangkit habis satu pekan ini kena.

‘Call’ penghulu kampung. Suruh dia tolong cari pesakit ini, suruh datang klinik. Kalau tidak jumpa memang report polislah.

Guess what, lagi lima minit sebelum klinik tutup, budak ini tersengih-sengih datang balik dengan ayah dia.

Satu klinik sudah naik angin ketika itu.

Aku terpaksa pergi bersiap pakai balik semua PPE bagai. Memang sudah overtime lah, pakai PPE pun paling laju 15 minit.

Aku sudah mula ‘panas’ masa tu. Literally.

Aku tahan saja nafsu Ammarah aku di bilik iso. Aku tanyalah pergi mana tadi.

“Saya pergi ambil adik tadi kat sekolah.”

Fuh. Tipu apa pula kali ini. Kan sudah start cuti sekolah ni ‘mangkuk’.

Aku terus tanya-tanya sampai part kawan dia yang positif itu. Kawan itu memang positif ke? Admit hospital mana? Memang kerja sama-sama ke?

“Sebenarnya doktor. Saya nak mintak MC je. Saya tak ada pun kawan yang positif Covid ni,”

Gambar hiasan.

Masa ni ya Allah..Dalam hati aku..

Automatik aku letak pen. Tangan aku memang gigil-gigil hendak tumbuk budak ini masa itu.

“Saya nak MC start lusa sebab cuti saya sampai esok je. Penat la balik KL nak terus kerja,”

Aku memang marah dia ‘kaw-kaw’ depan bapa dia. Menyusahkan orang! Membazir 2 set PPE! Membazir masa orang lain!

Memang aku tak bagilah MC. 

Masa itu pukul 6 petang. Last aku minum pukul 9 pagi. Tengah hari aku tidak lunch sebab sibuk check jemaah tabligh yang pergi ijtima’ baru-baru ini.

Penat, haus, panas, kau buat main-main pula hal Covid ini.

Pihak perubatan kini sedang melalui fasa kritikal di mana mereka bertugas 24 jam sehari tanpa henti, semuanya demi keselamatan awam.

Janganlah kita sebagai rakyat biasa, menambahkan lagi ‘keruh’ dalam situasi itu.

Semoga pesakit tersebut mendapat hidayah atas apa yang dilakukannya hari ini.

Sumber: Facebook 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.