Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mengadu Tak Selesa Pada Dada, Doktor Terkejut Bila Lihat Hasil Gambar Pesakit
Seiring menginjak usia emas, badan pun tak sekuat seperti dulu lagi.
Oleh itu, pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat agar mengurangkan risiko terdedah kepada pelbagai penyakit.
Apatah lagi, apabila di usia tua sistem imun badan pun dah mula ambil "cuti pencen" secara perlahan-lahan.
Jika dulu kita boleh lari sana sini tanpa rasa penat, sekarang naik tangga sikit pun dah mula semput, malah sakit-sakit sendi atau masalah kesihatan macam darah tinggi mula datang menjenguk tanpa diundang selain melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kes yang berisiko tinggi sampai saya tak boleh tidur lena, and sampaikan mak saya pun saya minta tolong doakan huhu...
Kadang-kadang bila buat angiogram… ada kes yang buat kita sendiri pause sekejap. Bukan sebab tak boleh buat. Tapi sebab risikonya memang sangat tinggi
Baru-baru ni saya rawat seorang pesakit lelaki umur 50-an. Ada diabetes, kolesterol tinggi, dan sejarah merokok. Dia datang dengan rasa tak selesa dia dada dan sesak nafas yang makin teruk sejak beberapa minggu.
Tapi paling teruk adalah malam sebelum tu selepas minum air tembikai (tu trigger je tu... bukan penyebab... saya sendiri suka air tembikai... huhu). Kaki pun dah mula bengkak.
Pada asalnya saya ingatkan gastrik atau reflux saja, tapi bila dia sebut je dia ada kencing manis, terus saya "red flag"kan dia. Kencing manis ni buat penyakit jantung ni tiba dengan macam-macam simptom yang pelik, sakit dada pun tak semestinya ada. Saya pun admitkan dia dan kami buat angiogram pertama… memang “cantik” penyakit dia
Cantik dalam bahasa cardiologist maksudnya… sangat teruk

Left Main Stem (LMS) — ada penyakit yang signifikan
LAD ada stenosis kritikal sekitar 90%.
LCx pula ada penyakit sekitar 80%.
Dan ini bukan block biasa. Ini melibatkan “cabang utama” jantung — kawasan yang membekalkan darah kepada kebanyakan otot jantung. Kita panggil ni bifurcation lesion.
Sejujurnya, masa angiogram pertama tu saya terus stop. Saya rasa risiko untuk angioplasty biasa terlalu tinggi dan saya refer beliau untuk coronary artery bypass graft surgery (CABG).
Tetapi selepas dibincangkan lebih lanjut… pesakit sendiri kurang berminat untuk pembedahan. Dan dari pihak surgical team pula, mereka juga agak reluctant memandangkan kompleksiti kes beliau.
Bila keputusan dibuat bahawa beliau akhirnya bukan untuk CABG… stress level memang terus naik mendadak.
Saya rasa ramai orang nampak cathlab ni macam “routine procedure”. Tapi ada kes tertentu yang buat kita sendiri tidur tak lena fikir pasal risiko komplikasi dia.
Sejujurnya, masa saya balik ziarah mak ayah saya masa hujung minggu hari tu, saya siap minta mak saya doakan supaya prosedur berjalan lancar dan dipermudahkan. Doa mak kan takde hijab.. Saya memang selalu terbangun malam terfikir kes ni 2-3 hari sebelum proceed dengan prosedur seterusnya..
Akhirnya selepas perbincangan panjang dan planning yang teliti, kami proceed dengan high-risk complex angioplasty beberapa hari lepas tu.

Kami lakukan rawatan bifurcation kompleks melibatkan Left Main Stem, LAD dan LCx menggunakan teknik DK Crush — antara teknik bifurcation stenting yang paling advanced dalam interventional cardiology. Ntah berapa kali saya main balik step by step ni dalam kepala saya...
Teknik ni melibatkan beberapa step yang sangat teliti:
stent pertama diletakkan, kemudian “crush” atau lenyekkan stent tu.., kemudian masukkan wayar semula, diikuti kissing balloon technique — di mana dua belon dikembangkan serentak di cabang saluran darah supaya aliran darah kekal cantik di kedua-dua cabang utama.
Akhirnya kawasan bifurcation LMS-LAD-LCx berjaya dirawat dengan 2 stents.
Alhamdulillah… setelah 2.5 jam prosedur, semuanya settle.. Akhirnya kawasan bifurcation LMS-LAD-LCx berjaya dirawat dengan 2 stent bersalut ubat.
Pesakit stabil, recover dengan baik dan dibenarkan pulang hanya 2 hari selepas PCI.
Moment macam ni memang buat kita sedar… kadang-kadang kita boleh study guideline, tengok journal, plan procedure berjam-jam… Tapi akhirnya bila masuk cathlab, kita tetap manusia biasa. Kita usaha sehabis baik. Dan selebihnya kita tawakkal dan doa supaya semuanya dipermudahkan