Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac 2020, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.
Namun begitu timbul persoalan ramai, adakah majlis yang sudah dijadualkan seperti majlis perkahwinan, majlis tahlil dan sebagainya tertakluk di bawah perintah ini?
Menurut Majlis Keselamatan Negara, ianya tidak dibenarkan sama sekali dan sesiapa yang didapati ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri