Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Umat Islam Di Seru Adakan Solat Hajat Serentak Di Seluruh Negara

Solat Hajat
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam untuk mengadakan solat hajat susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Jerebu makin teruk, senjata kita adalah doa. Saya menyeru solat hajat diadakan serentak di seluruh masjid dan surau Wilayah Persekutuan.

“Moga Allah SWT mencurahkan rahmat dan hujan yang bermanfaat,” katanya dalam hantaran itu.

Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam mengadakan solat hajat susulan jerebu melanda negara.
  • Beliau mengajak solat hajat diadakan serentak di masjid dan surau Wilayah Persekutuan.
  • Dalam hantaran Facebook, beliau berharap Allah SWT mencurahkan rahmat dan hujan bermanfaat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan