Siakap Keli
Foto: Daniel Emir

Patuh Arahan, Arked Niaga Padang Besar Lengang, Semua Kedai Tidak Beroperasi

Ramai yang berkongsi gambar keadaan semasa di tempat mereka. Baru sebentar tadi SK memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan semasa hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di Cyberjaya.

Terbaharu, melalui lama Facebook Perli Aktif juga memuat naik suasana terkini di Arked Niaga Padang Besar. Semua orang tahu, di sini jika hari biasa terlalu padat dengan peniaga dan pengunjung yang hadir untuk membeli serta makan di sini.

Demi menjaga kesihatan diri masing-masing, tidak kelihatan seorang pun pengunjung yang hadir serta banyak kedai di sana sudah tutup sebagai langkah menangani Covid-19.

 

Sumber: Perlis Aktif via Daniel Emir

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang