Siakap Keli

Anak Sedih, Ayah Sah Positif Covid-19, Kini Dalam ICU Lepas Rawat Pesakit Yang Sudah Berjangkit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Para petugas kesihatan sentiasa berada di barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Mereka bertungkus-lumus bekerja dan merisikokan nyawa sendiri dalam merawat pesakit.

Setakat hari ini sahaja, 15 petugas kesihatan negara dilaporkan telah dijangkiti dan salah seorang daripadanya kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seorang individu, Mahfuz Shaharudin, tampil berkongsi mengenai ayahnya yang juga seorang doktor di sebuah klinik yang turut dijangkiti Covid-19 ketika merawat pesakit.

Sebelum itu, bapanya Dr Shaharudin bin Mohamad dihubungi oleh Pejabat Kesihatan untuk melakukan ujian segera berikutan pesakit yang datang ke klinik bapanya untuk mendapatkan rawatan awal telah disahkan positif Covid-19.

Ketika dihubungi Siakap Keli, bapanya yang berusia 59 tahun telah disahkan positif jangkitan pada 7 Mac dan keadaan bertambah teruk apabila ditempatkan di ICU pada 14 Mac lalu.

 

Kata Mahfuz, bapanya bukan sahaja memerlukan bantuan pernafasan malah buah pinggangnya juga perlu dicuci berikutan virus sudah merebak ke kawasan tersebut dan paru-paru.

Rata-rata netizen dan kami turut mendoakan kesembuhan Dr Shaharudin bin Mohamad dan semoga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Sumber: Mahfuz Shaharudin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.