Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: Seorang Lagi Pesakit COVID-19 Meninggal Dunia

Putrajaya, 20 Mac- Seorang lagi pesakit COVID-19 disahkan meninggal dunia petang tadi.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebok beliau.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.

“Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

”Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” katanya dalam satu kenyataan.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Sementara itu, seramai 26 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi setakat ini termasuk seorang petugas kesihatan.

Kepada rakyat yang bijaksana dan budiman, sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk kebaikan semua.

Sumber: Noor Hisham Abdullah (KP Kesihatan), KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.