Siakap Keli

TERKINI: Kerajaan Sediakan RM 100 Juta Untuk KKM Lantik 2,000 Kakitangan Kontrak

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta untuk membeli pembelian barangan perubatan seperti ventilator, perlindungan diri PPE serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19.

”Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal ini, kerajaan telah meluluskan tatacara pembelian secara darurat,” katanya.

Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Kementerian Kesihatan bagi melantik kakitangan kontrak.

“Ramai kakitangan hospital keletihan pada masa ini kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan dan merawat mereka yang disahkan positif.”

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.