Siakap Keli

(Video) Penduduk Maghribi Panjat Bumbung Rumah Mengaji Ramai-Ramai, Doa Minta Wabak COVID-19 Cepat Berakhir

DI KALA sesetengah kawasan kediaman di seluruh dunia ‘mengisi’ masa lapang ketika tempoh perintah kawalan dengan aktiviti hiburan seperti muzik dan konsert, lain pula yang berlaku di Maghribi.

Di negara utara benua Afrika itu, terdapat satu kelompok komuniti di sebuah kawasan penempatan dipercayai mengisi masa mereka dengan aktiviti membaca kitab suci Al-Quran.

Namun yang lebih menyentuh hati, mereka membaca kitab tersebut di atas bumbung rumah masing-masing, bertujuan untuk memohon rahmat Allah SWT serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia akan berakhir.

Situasi menginsafkan ini dirakam oleh seorang warganet dan dikongsi melalui Twitter Documenting Oppression Against Muslim (DOAM) semalam.

Semoga kita (bagi yang Muslim) yang sedang duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini juga mampu mengikuti cara mereka.

Berkurung memang penat, tapi penat itu tidak sia-sia jika masa itu diisi dengan amalan-amalan ibadah, khususnya membaca Al-Quran.

Sama-sama kita doakan agar Malaysia kembali pulih satu hari nanti. Ameen..

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'