Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perlis, Putrajaya Catat Penduduk Perempuan Lebih Ramai - DOSM

DOSM
Gambar hiasan.

Perlis, Putrajaya Catat Penduduk Perempuan Lebih Ramai - DOSM

Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi dua kawasan di Malaysia yang merekodkan bilangan penduduk perempuan melebihi lelaki berdasarkan anggaran penduduk terkini bagi tahun 2026.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Perlis merekodkan nisbah jantina sebanyak 99 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala Putrajaya mencatatkan 97 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Menurut DOSM, di peringkat nasional, nisbah jantina kekal pada 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Katanya, jumlah penduduk lelaki di Malaysia meningkat kepada 18 juta orang pada tahun ini berbanding 17.9 juta pada 2025.

Pada masa sama, bilangan penduduk perempuan turut mencatat peningkatan daripada 16.3 juta orang pada 2025 kepada 16.4 juta orang pada 2026.

Sementara itu, Kuala Lumpur kekal sebagai negeri yang merekodkan nisbah jantina tertinggi di negara ini dengan 117 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Johor pula berada di kedudukan kedua dengan nisbah 115 lelaki bagi setiap 100 perempuan, diikuti Pahang dan Selangor yang masing-masing mencatatkan 114 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Intipati
  • Perlis dan Putrajaya mencatat penduduk perempuan melebihi lelaki berdasarkan anggaran DOSM bagi 2026.
  • Nisbah jantina nasional kekal 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, menurut DOSM.
  • Kuala Lumpur merekodkan nisbah tertinggi, diikuti Johor, Pahang dan Selangor.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan