TERKINI: 1 Lagi Kematian Baru COVID-19 Hari Ini, Jumlah Kematian Keseluruhan Jadi 15 Kes

Putrajaya, 24 Mac- Satu lagi kematian direkodkan akibat COVID-19 di Malaysia. Hal ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan terdapat satu kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes,” katanya.

Kes kematian ke-15 tersebut melibatkan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia yang berasal dari Melaka.

Mangsa yang berusia 71 tahun disyaki mempunyai kontak rapat dengan kes ke-703 yang merupakan peserta himpunan Sri Petaling.

Pesakit mempunyai sejarah sakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020 lalu. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

“KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,’ tulis Noor Hisham.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Tambah komen

Dari Wiser.my