Miliki kemahiran melukis bertaraf antarabangsa, seorang lelaki memukau lebih 51 ribu orang pengguna Facebook dengan hasil ubah suai bilik di rumahnya. Ahmad Fathil Zakaria menggunakan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengubahsuai sebuah bilik di rumahnya menjadi seakan-akan kapal angkasa.
Dengan lukisan realistik, ramai yang terpesona dengan hasil renovasi ke atas bilik sekecil 68 kaki persegi itu. Macam kapal angkasa dalam filem holllywood!
Mulakan dengan lakaran
Fathil memulakan dengan pelan lakaran ubah suai bilik terlebih dahulu.
Ini namanya PROJEK PERUMAHAN TERBANG, aku nak transform bilik sekecil 68sq/ft menjadi SPACESHIP!!
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Cat siling bertema galaksi
1st sekali aku lukis galaxy bahagian ceiling dulu.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Lukis pintu
Pastu aku lukis pintu.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Tadaaa.. pintu dah siap. Terasa mcm masuk ke dimensi lain.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Gambaran siling dan pintu
Ceiling & pintu dah siap. Jom buat cockpit!
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Lukis perspektif
Selesai melukis pintu dan siling, Ahmad Fathil mula melukis dinding ‘kapal’.
step 2, banyak padam2 pasal kena ikut logic tak boleh lakar terlalu rendah sbb bila taruk barang2 lukisan akan terlindung.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Hasil dinding 3D
Bilik mula kelihatan seperti kapal angkasa dengan lakaran 3D pada dinding.
Amacam? dah nampak 3d kan? scroll lagi perlahan2.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Lukis planet pula
Sudah biasa melukis mural, aktiviti mengecat dinding menggunakan semburan cat bukan lagi perkara asing buat beliau.
Background dah masuk sikit, jom masuk planet2 lain.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Planet dah masuk, tp mcm ada yg kurang..
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Dah bukak plastik.. Amacam?
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Lukis corak pada dinding
Tambah lagi corak2 lain, pastu bukak tape.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Kira ok lah ni..
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Pasang LED strip
Tambahan LED strip menambahkan lagi mood bagaikan di angkasa.
Dah pasang LED strips. fuhhhhh… best an?
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Boleh tukar warna!
LED ni boleh bertukar2 warna, boleh control pakai remote.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Dah boleh berlepas..
Akibat terperap dalam bilik terhidu bau2 cat & spray.
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, 22 March 2020
Sebenarnya ada juga rakyat Malaysia yang memiliki kemahiran mengubahsuai rumah ataupun menghasilkan karya yang luarbiasa seperti ini. Mereka jarang ditemui melainkan dari komuniti sama yang telah lama menceburi bidang tersebut.
Hasil belajar sendiri, Ahmad Fathil juga mampu menghasilkan lukisan mural dan lakaran 3D. Beliau juga mengambil upah menghasilkan mural di seluruh negara.
Hasil lakarannya memang menakjubkan.
Ada yg tanya mana video2 lukisan saya, belek2 page rupanya dah hilang.. seb bek ada simpan lg dlm phone.. fuhhh..
Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Thursday, 5 July 2018
Sumber: Ahmad Fathil Zakaria