Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Macam-macam, Netizen Bongkar Sebab Tak Jadi Kejar Cita-cita Lama
Cakap pasal cita-cita, tak dinafikan ramai antara kita yang pernah ada impian besar sejak kecil. Masa di bangku sekolah, macam-macam jawapan keluar bila cikgu tanya,"Besar nanti nak jadi apa?"
Ada yang nak jadi doktor, cikgu, polis, bomba, juruterbang. Malah, ada yang yakin nak jadi angkasawan atau pelumba Formula 1.
Tapi, bila usia makin meningkat dan pandangan hidup makin luas, tidak semua cita-cita itu berjaya digenggam. Ada yang tercapai, ada juga yang terpaksa dilepaskan atas sebab-sebab yang mungkin tak disangka-sangka.
Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads menjadi tumpuan apabila seorang lelaki berkongsi sebab kenapa dia akhirnya tak mengejar cita-cita asalnya.
Lebih mencuit hati, alasannya yang cukup ringkas dan di 'luar kotak', menarik perhatian ramai.
"Kenapa korang decide untuk tak jadi kejar cita-cita asal korang? Macam aku tak jadi F1driversebab kalau menang kena semburchampagne," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, memang tak kering gusi membaca satu demi satu jawapan netizen.
"Aku pulak dulu ingat nak try ballet. Tapi malas kalau nak pergi show naik LRT pakai seluar ketat."
"Dulu cita-cita nak jadi pakar sejarah. Tapi semalam punya kerja tak siap pun lupa, macam mana nak ingat sejarah."
"Penyanyi… tapi suruh anak pasang lagu kat TV, aku nyanyi chorus pun sampai sekarang anak tak tahu lagu apa. Confirm tone deaf."
"Asalnya nak jadi Ultraman. Tapi nanti banyak bangunan hancur, hutang negara bertambah, susah rakyat nak dapat bantuan."
"Aku dulu cita-cita nak jadi astronaut. Tapi batalkan sebab gayat. Lagi satu minyak mahal. Budi 95 300 liter je, mana cukup nak fly."
"Dulu nak jadi dentist. Tapi masa apply UPU, course dentist kena hantar 8 keping gambar passport. Course lain 4 keping je. Jadi saya malas nak ambil gambar tambahan, terus tak apply. Alhamdulillah sekarang jadi engineer."
Perkongsian ini bukan sahaja mencuit hati, tetapi secara tak langsung menggambarkan realiti hidup ramai orang. Tidak semua impian masa kecil mampu dibawa hingga dewasa.
Namun begitu, ramai juga netizen mengakui walaupun tidak mengejar cita-cita asal, mereka tetap bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki sekarang.
Pendek kata, cita-cita boleh berubah, haluan hidup boleh tersasar, tapi kebahagiaan tak semestinya datang daripada impian lama. Kadang-kadang, jalan yang kita tak rancang itulah yang paling sesuai untuk kita.
Yang penting, teruskan bermimpi kerana ia percuma.