Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Minta Idea "Hashtag" Majlis Kahwin, Respon Netizen Curi Perhatian

IDEA HASHTAG KAHWIN
Gambar: Siakap Keli
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Wanita Minta Idea “Hashtag” Majlis Kahwin, Respon Netizen Curi Perhatian

Bila rasa sudah jumpa pasangan hidup yang tepat dan kedua-duanya bersedia melangkah ke alam perkahwinan, pasti kita mahukan yang terbaik untuk hari bahagia yang diharapkan berlaku sekali seumur hidup.

Tambahan pula, majlis perkahwinan zaman sekarang memang jauh berbeza berbanding dulu-dulu. Kalau dulu cukup sekadar kenduri sederhana, kini pelbagai hal 'unik' mula jadi perhatian.

Dari tema, pelamin, fotografi hinggalah ke “hashtag” perkahwinan. Mungkin nampak kecil, tapi besar maknanya bagi pasangan pengantin kini.

“Tolonglah, dah sebulan dah fikir...”

Baru-baru ini, tular satu perkongsian seorang wanita di media sosial apabila dia 'merayu' bantuan netizen untuk mencadangkan “hashtag” unik sempena majlis perkahwinannya.

Please help to give me a unique hashtag for my wedding

His name: Aidil

My name: Ain

Tolonglah, dah sebulan dah fikir...

Permintaannya ringkas, tapi cukup untuk mengumpulkan kumpulan netizen yang kreatif lagi kelakar.

“Aku letihlah baca komen sorang-sorang... Menangis rasanya...” - Netizen

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang keemasan itu. Macam biasa, bukan netizen Malaysia kalau tak menghiburkan dunia maya.

Ada yang betul-betul serius membantu, ada juga yang jelas 'melepaskan dendam lama' dengan permainan kata-kata.

Hasilnya? Memang tak kering gusi membaca satu per satu cadangan yang ditinggalkan. Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.