Siakap Keli
Gambar: Anadolu Agency

Covid-19: Arab Saudi Lapor Satu Kematian Pertama, 205 Kes Baru Dicatatkan

Arab Saudi hari ini melaporkan kematian pertama yang disebabkan oleh Covid-19 dan terdapat 205 kes baru, menjadikan jumlah kes disahkan sebanyak 767.

Angka tertinggi dalam sehari di negara tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan semasa sidang media. Mangsa adalah seorang ekspatriat Afghanistan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri menekankan bahawa mereka mempunyai toleransi yang sifar terhadap sesiapa yang menyebarkan khabar angin. Kementerian itu juga menegaskan bahawa mereka akan memerangi semua khabar angin yang mungkin memberi kesan kepada usaha kerajaan untuk membendung virus itu.

Kementerian itu berkata bahawa hari pertama curfew berkuat kuasa menyaksikan pematuhan luar biasa oleh penduduk sambil menambah bahawa ia akan menerapkan undang-undang dengan ketat kepada semua yang ingkar arahan tersebut.

Sumber: Gulf News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa