Siakap Keli
Gambar: Google

“Jawapannya Penuh Dengan Fakta”, Netizen Puji Cara KP Kesihatan ”Handle” Sidang Media

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

KETIKA semua ‘tentera’ barisan hadapan negara sedang berperang dengan jangkitan COVID-1 di seluruh negara, ada seorang insan yang mengepalai pasukan tersebut.

Insan itu bersengkang mata siang dan malam, setiap hari dia perlu berhadapan dengan jutaan rakyat Malaysia menerusi skrin media massa setiap kali ingin melaporkan informasi baharu mengenai wabak.

Sama ada berita yang baik untuk didengari seperti beberapa orang pesakit telah sembuh, ataupun berita sebaliknya yang pasti meruntun hati; kematian seorang demi seorang yang tumbang akibat robekan virus yang menjarah nyawa.

Insan itu adalah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seorang pensyarah dan juga pakar pengurusan kewangan, Saudara Azizul Azli Ahmad telah berkongsi satu luahan peribadinya melalui Facebooknya semalam mengenai hero rakyat Malaysia ini.

Mari kita baca pandangan beliau;

Lelaki ini hanya penjawat awam, dia bukan ahli politik. Wajahnya semakin lesu petang tadi.

Dia tetap menjawab semua soalan media dengan sangat tenang dan sangat professional tanpa emosi.

Soalan yang berulang kali ditanya tetap disantuni dengan baik.

Jawapannya penuh dengan fakta dan data terkini semasa.

Sejak kes pertama Covid 19 dari 23 Januari 2020 hingga 24 Mac 2020 dialah lelaki yang yang mendebarkan setiap petang keluar di kaca tv.

Beliau akan umumkan jumlah kes dan jumlah kematian setiap hari.

Beliau dan semua petugas kesihatan adalah hero sebenar rakyat Malaysia.

Tanpa orang politik sekalipun, mereka terus bekerja dengan penuh taat dan sangat professional dan baik.

Tahniah buat Ketua Pengarah Kesihatan YBhg Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah dan semua pasukan kesihatan dibawahnya.

Sesungguhnya kami bangga dan berterima kasih kepada pasukan kesihatan yang kita ada.

Moga Allah swt merahmati pasukan tuan sesungguhnya.

Azizul Azli Ahmad.
Rakyat jelata

#StayAtHome
#Proud
#JagaDiriBersama

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: