Siakap Keli
Kredit: Bernama

Kadar Jenayah Turun 70 Peratus Seluruh Negara Sejak Pelaksanaan PKP- Ketua Polis Negara

Putrajaya, 25 Mac- Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan kadar jenayah menurun sebanyak 70 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 370 kertas siasatan dibuka manakala 25 orang individu telah ditahan dalam tempoh pelaksanaan perintah tersebut, katanya dalam sidang media hari ini.

Sepanjang pelaksanaan PKP, sebanyak 15,000 sekatan jalan raya telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 42,000 anggota.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai agar melaporkan kepada polis jika ada pesakit atau mereka sendiri disyaki terkena jangkitan COVID-19.

Akibat penularan COVID-19, sambutan Hari Polis ke-213 tidak diadakan sepertimana tahun-tahun sebelumnya pada kali ini.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.