Siakap Keli

PM Seru Pusat Zakat Setiap Negeri Supaya Aktif, Segera Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

DALAM Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini, Muhyiddin Yassin turut menyeru kepada semua pusat pungutan zakat di setiap negeri agar lebih proaktif untuk membantu para asnaf ketika waktu kritikal ini.

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin sebelum ini mereka tidak tersenarai sebagai asnaf. Tapi dalam keadaan ekonomi terjejas pada hari ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

“Dalam mesyuarat kabinet hari ini, saya telah arahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk gerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan  bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar seberapa segera,” katanya.

Muhyiddin juga berharap agar pusat pungutan zakat serta badan kebajikan di negeri lain turut dapat melakukan perkara yang sama.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.