Siakap Keli
Kredit: The Guardian/DW

Polis Temui 64 Mayat Dalam Kontena Di Mozambique

Ankara, 24 Mac- Sebanyak 64 mayat dipercayai migran dari Ethiopia telah ditemui dalam kontena di Mozambique, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut agensi itu, kontena tersebut telah disambung pada sebuah trak yang ditahan polis tempatan.

Pagi semalam, pihak polis tempatan telah menahan trak berkenaan yang dalam perjalanan dari Malawi, berhampiran sempadan Zimbabwe.

Hasil penahanan telah menemukan 14 orang mangsa yang masih hidup bersama kesemua mayat yang dipercayai maut akibat sesak nafas.

Semua yang terselamat dilaporkan berada di fasiliti imigresen manakala dua individu ditahan untuk siasatan.

Individu yang ditahan adalah pemandu dan seorang orang tengah yang mengupah pemandu membawa kumpulan tersebut,

“Dua individu ditahan berhubung insiden itu, pemandu dan orang tengah yang mengupahnya untuk membawa kumpulan ini,” kata jurucakap polis, Orlando Mudumane.

Sementara itu menurut The Guardian, ramai migran miskin menjadikan Mozambique sebagai stesen untuk berhijrah ke Afrika Selatan dengan harapan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Sumber: BERNAMA, The Guardian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.