Siakap Keli

TERKINI: Seorang Lagi Mangsa Maut Akibat Covid-19, Jumlah Kematian Meningkat Kepada 21

Seorang lagi dilaporkan maut akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 21 kematian di negara ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook rasmi beliau, mangsa daripada kes ke-1588 merupakan warganegara Malaysia yang berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

Difahamkan, mangsa adalah peserta perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling yang telah disahkan positif jangkitan pada 23 Mac sebelum meninggal dunia pada jam 4 pagi hari ini.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.